------------------------ ------------- .
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 17 October 2012

Sedetik Kenangan Terimbas..


KeNYir oh KenyiR... @Terengganu...

Assalamualaikum..

Salam mesra buat semua pembaca, tak kiralah yang membaca atau terbaca post ni...
Saje, nak kongsi detik-detik gembira semasa berada di Terengganu..
Bila imbau balik, rase teruja lak.. yelah masa merancang tu Allah je tahu.. mcm2 ujian yang perlu ditempuhi..
tp bila dah confirm n dah pegi..alhamdulillah.. seronok sgt..dapat release tension n dapat pengalaman baharu..

Trip-2-Terengganu... (4 Oktober - 7 Oktober 2012)

Ok, yang pegi tu semua 29 orang, 25 guru pelatih PISMP Matematik Januari 2009 (termasuk saya), 2 orang pensyarah pengiring dan 2 orang driver institut..
Kami bertolak +/- 11 mlm dr ipg dgn bas IPg (sponsored by IPG KPM).
nak diringkaskan cite, ni dye lakaran kenangan aktiviti 3 hari 2 malam ke Terengganu...

4 Oktober 2012:

Semua berkumpul di depan Anjung Hikmah (Admin IPG KPM). Siap sedia dengan beg besau2 sume..
Kenangan sebelum bertolak...

Celebrated  besday ayahanda kami: En. Azman Nordin....with Indulgence Cake..yummmyyy..

Telatah dalam bas bersama Spongebob n my Rumate...
Then..bRoommm brommm... maghi kito g tganu.. (bak kato ambo, mek Klate...) heee...

5 Oktober 2012

Jam: +/- 8 pagi:

Alhmadulillah... setelah tido bangun tido bangun n tdo tdo tdo lagi.. kami selamat tiba di rumah rakan kami, di Kg. Dura, Kuala Berang, Terengganu...Bt Marni n family>> hanks untuk breakfast yg sdp dan kenyang!

Ni, sesi bergambar di rumah Marni Hasliza... 


Muka-muka kenyang: Tkah, Aqma n Mai

Gelagat kenyang pensyarah pengiring: En. Azman n Pn. Muna

Ok, terlupa.. tadi kami singgah solat subuh di sebuah masjid di bandar Al-Mukhtafil Billah Shah, Dungun.. (maaf kalau salah ejaan)... Syukur ke hadrat yang Maha Esa.. sejuk rase solat di sana.. bersih, tenang dan yg penting sempat solat berjemaah... 

Jam +/- 10 pg: 
Dari rumah Marni, kami naik bas ke Pusat Janakuasa Kenyir... Di post masuk, kami kne beratur untuk tanda tangan sblum dibenarkan bergerak ke jeti tempat bot2 kami sedang menanti... Restricted area la katakan..
apapun, pemandangan cantik sangat..air biru n yg penting hebatnya ciptaan manusia bila tgh empangan yg berdiri megah sedarkan kita betapa HEBATNYA yg MAHA ESA.. ups, xbleh amek gambar di sini! huhu..

Orait, sekarang udah sampai di jeti..ada 3 bot besar yg sedang menunggau.. sy paggil rumah bot..kat ats ni pon xbelh amek gambar..kne turun kat bwh bru boleh..
okeh, sy snap dr bawah..hehe..nakal!!

Pemandangan dari bawah...yg nampak bumbung tu pusat khidmat pelanggan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir..















Dari ats tu, kami kne angkut brg yg banyak, ada ringan ada berat ke bawah.. best kot, xrase beban sebab masing2 tolong satu sama lain... tup tap tup tap tup tap....sampai kat kaki air..hehe...biru air tasik ni menggerunkan dan bikin hati geram nk jd badak berendam..heehehe..

bersama barang-barang sambil tunggu bot.....


Bot 1: status: borading...hehe...first time tgk.. Excited sume!!

Kusangakakan ini bot Bot 2, rupanya Bot 3...hoho..bot abg2  kaki pancing...
Bot 2 kt mane?? Tuuuuu kt sebelah bot kuning ni..hehehe

Muka2 penat + excited... penghuni Bot 2..


Bergambar santai bersama Zahidah....

Tak lama selepas tu, naiklah kami ke rumah bot masing2... sy n da geng dlm gambar tu naik Bot 2... wow!! alhamdulillah, sronok dapat naik.. xsangka dlm kata berat hati nk ikot trip ni ttbe jd heppy xterkata..Thank u Allah...   
 Nak tau ape aktiviti kami semasa kt bot?? saksikan....hahaha....Aktiviti bgambar xhbis2..kikiki....
dlm salah satu kamar pengantin dlm bot..haha


uitt..nk ke mana tu cikgu?? kawasan larangan kt ats ni..


di birai loteng..haha


sesi intai-mengintai..

ape2 gaya pon bleh. jnji masuk gambar..haha


bahagian tepi bwh bot..

selamat dtg ke rumah bot kami...

Kenyirr..kami dtg..hehe

hehe... sibuk melakar kenangan bsama mentor..

cik Maisarah pon xterkecuali..

oh yes, lupa nk gtau..time ni kami naik bot untuk ke Sunctuari Kelah..(maaf kalo slh eja yer)...
bak kata pak cik driver bot, 2 jam setengah pjalanan// Hurmm jauh tu..
ok, stakat ni shj dulu yer,,,
InsyaAllah..to-be-continued...

Assalamualaikum...by: Cik@bakal Pn. Suzana Haron...amin..
aloha.... tc semua..

Tuesday 14 August 2012

STRATEGI PERUBAHAN

Terdapat empat strategi perubahan iaitu:

1) kekuasaan

2) pujukan

3) pendidikan semula

4) memudah cara.

Strategi kekuasaan:

Strategi ini berkesan untuk kumpulan. Kumpulan tersebut dipaksa untuk melakukan perubahan dengan cara memberikan ganjaran positif ataupun hukuman. Ganjaran diberi apabila kumpulan tersebut mematuhi perubahan yang ingin dilaksanakan manakala hukuman pula diberikan juka kumpulan tersebut ingkar.

Strategi pujukan:

Strategi ini menggunakan kemahiran intrapersonal yang tinggi supaya dapat mempengaruhi orang lain. Orang yang bertanggungjawab iaitu agen perubahan perlu memberikan rasional kepada perubahan yang ingin dilakukan. Agen perubahan ini boleh terdiri daripada guru dan anak murid. Selain daripada merasionalkan perubahan itu, agen perubahan itu juga perlulah mempunyai ilmu yang luas dan berkemahiran berkenaan perubahan yang ingin dilaksankan.

Strategi pendidikan semula:

Strategi ini merupakan strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri. Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan mengenal pasti kekuatan dan kekurangan.

Strategi memudah cara:

Strategi ini menjurus kepada penentuan rancangan yang dipilih oleh kumpulan sasaran. Agen perubahan pula bertindak menghantar sumber-sumber yang diperlukan dalam bentuk barangan dan perkhidmatan teknikal.


RUJUKAN:

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 

PAUTAN LAIN:






Sunday 12 August 2012

DIAM-DIAM UBI BERISI..

GAMBAR 1:


GAMBAR 2:

GAMBAR 3:


GAMBAR 4:


GAMBAR 5:


GAMBAR 6:


GAMBAR 7:


GAMBAR 8:




MAKLUMAT TUGASAN EDU 3109

TUGASAN EDU 3109

BAHAGIAN A:
Penggunaan blog adalah salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Anda dikehendaki untuk menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran & pembelajaran dalam mata pelajaran ini. 

BAHAGIAN B:
Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti, program I-THINK telah mula diperkenalkan di beberapa buah sekolah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Sebagai bakal guru anda dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan 8 thinking maps berdasarkan tajuk pilihan anda. 





Thursday 9 August 2012

INOVASI

PENGENALAN:

Sebelum berbincang dengan lebih lanjut berkenaan bab Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan bagi EDU 3109, kami akan bawa anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang inovasi. Ini dapat membantu kita memahami tentang tajuk berikutnya dengan lebih mudah.

KONSEP INOVASI:

1) Inovasi adalah sesuatu yang baharu / unik hasil ciptaan dan proses penstrukturan semula  yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nialai yang diutamakan.

2) Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau berperingkat-peringkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan.

DEFINISI INOVASI:

Definis inovasi telah diringkaskan dan dipersembahkan dalam bentuk peta minda seperti di bawah:

Pautan lain:

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 



Tuesday 7 August 2012

STRATEGI PERUBAHAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

PENDAHULUAN:

Pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi. (Amanda Credaro dlm. Noriati dan rakan-rakan, 2010). 

Sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan beberapa pendekatan dan model-model perubahan. Kerajaan yang kian prihatin dengan perkembangan dan perubahan tersebut telah melaksanakan beberapa dasar yang bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan negara. Antaranya ialah:

Dasar Pandang Ke Timur (Tun Dr. Mahathir Mohamad , 8 Febuari 1982) 
Matlamat: - meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara.
                - wujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja positif
                - mengubah minda dan budaya rakyat (kreatif, inovatif dan maju)    

Perubahan demi perubahan terus dibawa oleh pemimpin negara dalam memastikan pembangunan negara (Noriati dan rakan-rakan, 2010). Agen perubahan utama ialah pendidikan. Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Strategi perubahan inovasi dan perubahan pendidikan yang telah dijalankan di negara kita secara keseluruhan diringkaskan seperti berikut:


RUJUKAN: 

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 







PENGENDALIAN DATA


Assalamualaikum...

Bagi tajuk ini, murid-murid  akan diperkenalkan dengan lebih lanjut berkenaan carta/graf berikut:

1) PIKTOGRAF / Pictograph
    Jenis-jenis piktograf:
    - Mengufuk (Horizontal)
    - Mencancang (Vertical)

2) CARTA PALANG / Bar graph
    Jenis-jenis carta palang:
    - Mengufuk (Horizontal)
    - Mencancang (Vertical)

Baiklah, kalau tadi kita dah cakap pasal PIKTOGRAF..Sekarang, kita akan teroka lebih lanjut tentang CARTA /GRAF PALANG.

APA ITU CARTA PALANG??

Carta /Graf Palang = graf dengan palang mencancang (vertical) atau mengufuk (mengufuk) yang mewakili maklumat.

CONTOH-CONTOH CARTA / GRAF PALANG:

1) GRAF PALANG MENCANCANG / VERTICAL BAR GRAPH


1) GRAF PALANG MENGUFUK / HORIZONTAL BAR GRAPH


NAK TAHU CARA MELAKAR / MELUKIS GRAF??



RUJUKAN: 

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR

Siti Salmah (2011). Attack@Cerdik Mathematics UPSR. Selangor: Dasar Cetak Sdn. Bhd.

PAUTAN MENARIK:

http://best-scorer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0