------------------------ ------------- .: August 2012
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, 14 August 2012

STRATEGI PERUBAHAN

Terdapat empat strategi perubahan iaitu:

1) kekuasaan

2) pujukan

3) pendidikan semula

4) memudah cara.

Strategi kekuasaan:

Strategi ini berkesan untuk kumpulan. Kumpulan tersebut dipaksa untuk melakukan perubahan dengan cara memberikan ganjaran positif ataupun hukuman. Ganjaran diberi apabila kumpulan tersebut mematuhi perubahan yang ingin dilaksanakan manakala hukuman pula diberikan juka kumpulan tersebut ingkar.

Strategi pujukan:

Strategi ini menggunakan kemahiran intrapersonal yang tinggi supaya dapat mempengaruhi orang lain. Orang yang bertanggungjawab iaitu agen perubahan perlu memberikan rasional kepada perubahan yang ingin dilakukan. Agen perubahan ini boleh terdiri daripada guru dan anak murid. Selain daripada merasionalkan perubahan itu, agen perubahan itu juga perlulah mempunyai ilmu yang luas dan berkemahiran berkenaan perubahan yang ingin dilaksankan.

Strategi pendidikan semula:

Strategi ini merupakan strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri. Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan mengenal pasti kekuatan dan kekurangan.

Strategi memudah cara:

Strategi ini menjurus kepada penentuan rancangan yang dipilih oleh kumpulan sasaran. Agen perubahan pula bertindak menghantar sumber-sumber yang diperlukan dalam bentuk barangan dan perkhidmatan teknikal.


RUJUKAN:

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 

PAUTAN LAIN:






Sunday, 12 August 2012

DIAM-DIAM UBI BERISI..

GAMBAR 1:


GAMBAR 2:

GAMBAR 3:


GAMBAR 4:


GAMBAR 5:


GAMBAR 6:


GAMBAR 7:


GAMBAR 8:




MAKLUMAT TUGASAN EDU 3109

TUGASAN EDU 3109

BAHAGIAN A:
Penggunaan blog adalah salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Anda dikehendaki untuk menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran & pembelajaran dalam mata pelajaran ini. 

BAHAGIAN B:
Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti, program I-THINK telah mula diperkenalkan di beberapa buah sekolah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Sebagai bakal guru anda dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan 8 thinking maps berdasarkan tajuk pilihan anda. 





Thursday, 9 August 2012

INOVASI

PENGENALAN:

Sebelum berbincang dengan lebih lanjut berkenaan bab Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan bagi EDU 3109, kami akan bawa anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang inovasi. Ini dapat membantu kita memahami tentang tajuk berikutnya dengan lebih mudah.

KONSEP INOVASI:

1) Inovasi adalah sesuatu yang baharu / unik hasil ciptaan dan proses penstrukturan semula  yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nialai yang diutamakan.

2) Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau berperingkat-peringkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan.

DEFINISI INOVASI:

Definis inovasi telah diringkaskan dan dipersembahkan dalam bentuk peta minda seperti di bawah:

Pautan lain:

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 



Tuesday, 7 August 2012

STRATEGI PERUBAHAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

PENDAHULUAN:

Pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi. (Amanda Credaro dlm. Noriati dan rakan-rakan, 2010). 

Sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan beberapa pendekatan dan model-model perubahan. Kerajaan yang kian prihatin dengan perkembangan dan perubahan tersebut telah melaksanakan beberapa dasar yang bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan negara. Antaranya ialah:

Dasar Pandang Ke Timur (Tun Dr. Mahathir Mohamad , 8 Febuari 1982) 
Matlamat: - meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara.
                - wujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja positif
                - mengubah minda dan budaya rakyat (kreatif, inovatif dan maju)    

Perubahan demi perubahan terus dibawa oleh pemimpin negara dalam memastikan pembangunan negara (Noriati dan rakan-rakan, 2010). Agen perubahan utama ialah pendidikan. Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Strategi perubahan inovasi dan perubahan pendidikan yang telah dijalankan di negara kita secara keseluruhan diringkaskan seperti berikut:


RUJUKAN: 

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 







PENGENDALIAN DATA


Assalamualaikum...

Bagi tajuk ini, murid-murid  akan diperkenalkan dengan lebih lanjut berkenaan carta/graf berikut:

1) PIKTOGRAF / Pictograph
    Jenis-jenis piktograf:
    - Mengufuk (Horizontal)
    - Mencancang (Vertical)

2) CARTA PALANG / Bar graph
    Jenis-jenis carta palang:
    - Mengufuk (Horizontal)
    - Mencancang (Vertical)

Baiklah, kalau tadi kita dah cakap pasal PIKTOGRAF..Sekarang, kita akan teroka lebih lanjut tentang CARTA /GRAF PALANG.

APA ITU CARTA PALANG??

Carta /Graf Palang = graf dengan palang mencancang (vertical) atau mengufuk (mengufuk) yang mewakili maklumat.

CONTOH-CONTOH CARTA / GRAF PALANG:

1) GRAF PALANG MENCANCANG / VERTICAL BAR GRAPH


1) GRAF PALANG MENGUFUK / HORIZONTAL BAR GRAPH


NAK TAHU CARA MELAKAR / MELUKIS GRAF??



RUJUKAN: 

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR

Siti Salmah (2011). Attack@Cerdik Mathematics UPSR. Selangor: Dasar Cetak Sdn. Bhd.

PAUTAN MENARIK:

http://best-scorer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0


MASA

Assalamualaikum...

"MASA ITU EMAS"

Kenapa Emas???

Kalau adik-adik nak tahu...masa itu diibaratkan sebagai emas sebab masa itu sangat bernilai dan berharga...
Semua orang yang ada emas mesti dia akan sayang, akan jaga elok2..
Cuba bayangkan, kalau masa itu besi atau kayu atau kaca?? adik-adik akan sayang dan hargai x?? Haa..renung-renungkan..setiap detik yang berlalu pasti tidak akan datang balik kepada tau..
JOM HARGAI MASA....

Baiklah, bagi tajuk MASA, murid-murid akan belajar tajuk-tajuk seperti berikut:

1) MEMBACA DAN MENULIS MASA (12 Jam)
2) JADUAL WAKTU
3) HUBUNGAN ANTARA UNIT MASA
    - minit, jam, hari, bulan, tahun, dekad.
4) OPERASI ASAS MELIBATKAN MASA
5) TEMPOH MASA
    - masa mula dan tamat sesuatu peristiwa.

INFO TENTANG MASA:

Apa itu masa???
- Masa mewakili suatu ketika tertentu dalam sehari.
- Masa diwakili dalam sistem 12 Jam

SISTEM 12 JAM:

Dalam sistem 12 jam, bahagian dalam sehari ialah:
- Pada waktu pagi / morning
- Pada waktu tengah hari / afternoon
- Pada waktu petang / evening
- Pada waktu malam / night
- Pada waktu tengah malam / midnight

Dalam sistem 12 jam, ( . / : ) digunakan untuk mengasingkan jam daripada minit.

SIMBOL:
- a.m. (ante meridian) = masa selepas tengah malam dan waktu pagi
                                    (12.01 selepas tengah malam hingga 11.59 pagi)
- p.m. (post meridian) = masa pada waktu tengah hari, petang dan sebelum tengah malam
                                    (12.01 petang hingga 11.59 sebelum tengah malam)

PETA KONSEP BERKAITAN MASA



RUJUKAN:

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR
http://akses.skseriampang.net/HSP/03_Mathematics/hsp_maths_y4.pdf

Siti Salmah (2011). Attack@Cerdik Mathematics UPSR. Selangor: Dasar Cetak Sdn. Bhd.

http://www.primaryresources.co.uk/maths/mathsE2.htm


PAUTAN MENARIK..

Clikk di sini...

http://www.teachingtime.co.uk/
http://www.teachingtime.co.uk/clock/clockres.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/sthec4.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/y4atod.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/y4dtoa.html
http://www.teachingtime.co.uk/what/2y4atod.html
http://www.teachingtime.co.uk/wsgames/y4game.html





PENGENDALIAN DATA

Assalamualaikum...

Bagi tajuk ini, murid-murid  akan diperkenalkan dengan lebih lanjut berkenaan carta/graf berikut:

1) PIKTOGRAF / Pictograph
    Jenis-jenis piktograf:
    - Mengufuk (Horizontal)
    - Mencancang (Vertical)

2) CARTA PALANG / Bar graph
    Jenis-jenis carta palang:
    - Mengufuk (Horizontal)
    - Mencancang (Vertical)

APA PERBEZAAN Mengufuk dan Mencancang???

Kalau kita lihat pada kedua-dua jenis graf / carta di atas, setiap daripadanya ada graf mengufuk dan mencancang kan?? Jadi, mengufuk dan mencancang itu merujuk kepada;

1) Ilustrasi graf: bagaimana graf dipersembahkan.
2) Kedudukan paksi setiap graf.

NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PIKTOGRAF??




RUJUKAN: 

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR

Siti Salmah (2011). Attack@Cerdik Mathematics UPSR. Selangor: Dasar Cetak Sdn. Bhd.

PAUTAN LAIN:












PECAHAN

Assalamualaikum semua....

Bagi Sukatan Pelajaran Tahun 4, murid-murid akan diperkenalkan dengan:
1) PECAHAN WAJAR
2) PECAHAN SETARA
3) PENAMBAHAN PECAHAN
4) PENOLAKAN PECAHAN
5) PENYELESAIAN MASALAH
Ok, ini tajuk bagi Pecahan....

TAHUKAH ANDA APA ITU PECAHAN??

- PECAHAN = nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

INFO PENTING TENTANG PECAHAN
- Dalam 1 pecahan, pengangka merujuk kepada nombor di atas dan penyebut merujuk kepada nombor di bawah.
- Contoh: 2 bahagian daripada lima bahagian
                2 (pengangka) per 5 (penyebut)

TERMINOLOGI:

-PECAHAN WAJAR ( Proper Fraction):
  Pecahan di Mana pengangka adalah kurang daraipada penyebut

- PECAHAN SETARA ( Equivalent Fraction):
  Pecahan yang mempunyai nilai sama atau setara.

PETA KONSEP BAGI TAJUK PECAHAN:



RUJUKAN:

Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR

Siti Salmah (2011). Attack@Cerdik Mathematics UPSR. Selangor: Dasar Cetak Sdn. Bhd.

PAUTAN LAIN:






SEKOLAH BESTARI

SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari adalah salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.

 Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
              
             Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak mi akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.
               
              Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
  • *      Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
  • *      Mendemokrasikan pendidikan
  • *      Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
  • *      Memupuk perkembangan menyeluruh individu
  • *      Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu
         Sumber daripada malaysiakita

Untuk muat turun. sila klik Sekolah Bestari

Untuk maklumat lanjut sila layari:
moe.edu.my
pmr.penerangan.gov.my
rujuknota.blogspot.com

TRANSFORMASI KURIKULUM

TRANSFORMASI KURIKULUM BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Sumber daripada mgcjohor2010.blogspot.com
Sila klik transformasi kurikulum untuk muat turun carta alir
         
             Sebelum terdapatnya kurikulum yang standard, penduduk di Tanah Melayu memperoleh pendidikan secara tidak formal. Pendidikan ini didapati daripada rumah iaitu, ibu bapa dan persekitaran. Pemerolehan ilmu pada masa tersebut bukanlah seperti yang ada sekarang ini. Kanak-kanak masa masa tersebut akan diajar oleh ibu bapa dan ahli keluarga cara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya kemahiran bercucuk tanam dan menangkap ikan. Ilmu yang diperoleh adalah berkaitan dengan kemahiran hidup.

            Kemudian, bermulalah pendidikan formal di Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia mengikut peredaran masa. Perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada negara.

Kesimpulan: 
Analogi tarnsformasi kurikulum negara boleh dilihat berdasarkan peta minda di bawah:


Untuk maklumat lanjut berkaitan tajuk ini, anda boleh layari
kulanzsalleh.com 
utusan.com.my
bernama.com


Monday, 6 August 2012

MASA

MARI MEMBACA DAN MENULIS MASA

'Masa Itu Emas’..selalu kita dengar kan?? Hari ni kita belajar topik masa pulak.. Kalau kita lihat pada gambar kat atas tu jarum jam pada nombor 12 manakala jarum minit pada nombor 3..Jadi pukul berapa ni ye?? Ha..boleh jadi 12.15 pagi ataupun 12.15 tengahari. Tapi apa pulak a.m. dan p.m tu ek??secara ringkasnya a.m. digunakan untuk menunjukkan pada waktu pagi dan p.m. tu pulak menunjukkan waktu selain daripada waktu pagi; petang atau malam..

Ni cara nak baca masa. Kalau jarum jam pada nombor 12 dan jarum minit pada nombor 3, sebutannya adalah

  • dua belas lima belas pagi; atau
  • dua belas lima belas tengahari.


Contoh lain:
  • 1.37 a.m. – one and thirty seven o’clock in the morning atau pukul satu tiga puluh tujuh minit pagi
  • 5.25 p.m. – five and twenty five o’clock in the evening atau pukul lima dua puluh lima petang
Selain cara nak baca masa, kita juga perlu tahu cara untuk tulis masa yang kita nampak pada jam. Untuk Bahasa Melayu tak ada masalah sangat tapi untuk English, penulisan masa tu mesti betul. Kalau pagi mesti tulis a.m. (selepas huruf a dan m mesti letak titik, kalau tak jawapan salah)

Contoh: 
  • Lapan sepuluh minit pagi atau eight and ten o’clock in the morning – 8.10 pagi @ 8.10 a.m. 
  • Dua empat puluh lima petang atau two and forty five o’clock in the evening – 2.45 petang @ 2.45 p.m
Untuk muat turun, sila klik masa

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada
math4g1b.blogspot.com
math4g1b.blogspot.com
math4g1b.blogspot.com

WANG

NILAI WANG

Wang ni sebenarnya hampir sama dengan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Perbezaannya hanyalah bagi wang kita perlu letakkan unit iaitu, Ringgit Malaysia (RM). Kalau tak letak unit ni memang salah la. Tak ada kompromi ok. Sebab kalau tak letak RM tu, nombor tu akan jadi nombor bulat atau nombor perpuluhan. 

So kalau kita tengok kat gambar di bawah ni, kita nak buat persamaan antara nilai-nilai wang yang ada di Malaysia ni.

Nilai wang yang ada: 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1, RM 5, RM10, RM 50 dan RM 100.

Bila nak buat persamaan bagi dua nilai wang;
contohnya RM 50 dan RM 5, cara mudahnya gunakan operasi bahagi. RM 50 ÷ RM 5 = 10.. Nilai 10 tu menunjukkan bagi nilai RM 50, terdapat 10 keping RM 5.

Untuk muat turun, sila klik wang

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada

celikmate.blogspot.com

matematiktahun4.blogspot.com



NILAI TEMPAT

NILAI TEMPAT

Topik ni senang tapi ramai yang keliru antara nilai tempat dan nilai digit. Pernah dengar kan ‘sa’, ‘puluh’ dan ‘ratus’? Ni la nilai tempat. Fungsi nilai tempat ni untuk tentukan kedudukan sesuatu digit dalam sesuatu nombor. Tak faham??? Ok kita tengok contoh kat bawah ni..

Nombor yang diberi adalah 123 456 or seratus dua puluh tiga ribu empat ratus lima puluh enam.

Untuk muat turun, sila klik nilai tempat

Untuk tentukan nilai tempat, kita perlu bermula dari digit yang paling kanan sekali (untuk contoh ni digit 6). Nilai tempat perlu diletak mengikut urutan, kalau tertinggal 1 nilai tempat, jawapan jadi salah.

Nilai tempat mengikut urutan: sa > puluh > ratus > ribu > puluh ribu > ratus ribu

So, dah tahu topik ni jadi senang je kn??

Maklumat lanjut berkaitan tajuk boleh diperoleh daripada:

celikmate.blogspot.com

msa041094.blogspot.com

BENTUK 2-DIMENSI DAN 3-DIMENSI

MARI MENGENAL BENTUK 2D DAN 3D
Mula-mula kita mesti tahu definisi atau maksud dulu kan??? 

Bentuk 2-dimensi adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang dan tinggi
Bentuk 3-dimensi adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang, lebar dan kedalaman.
Kita dah tahu definisi, searang ni kita nak kenal pula bentuk 2-dimensi dan 3-dimensi. Macam mana nk kenal?? Senang je, kita mesti tahu ciri-ciri dulu..

Ciri-ciri 2D

- Mempunyai panjang dan lebar

- Semua bentuk 2D mempunyai sisi yang lurus kecuali bagi bentuk bulat.

- Semua bentuk 2D mempunyai 1 permukaan yang rata kecuali bagi bentuk bulat.

- Mempunyai bucu

Ciri-ciri 3D

- Mempunyai panjang, lebar dan kedalaman

- Semua bentuk 3D mempunyai sisi yang lurus

- Semua bentuk 3D mempunyai permukaan yang rata kecuali bagi bentuk sfera, kon dan silinder. (minimum  bilangan permukaan bagi bentuk 3D adalah 2)

- Mempunyai bucu
CONTOH-CONTOH BENTU 2D DAN 3D: 

Sekarang ni kita nak tahu pulak contoh-contoh bagi bentuk-bentuk ni..

Bentuk 2D
Bentuk 3D


Okay, gambar kat bawah ni merupakan ringkasan bagi maklumat di atas.

BANDING BEZA BENTUK 2D DAN 3D

Wednesday, 1 August 2012

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (PNB)

PENDAHULUAN:

Apa itu PNB??

- PNB merujuk kepada Pembinaan Negara dan Bangsa.
- Bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu dipertahankan dalam suatu jangka masa panjang (Noriati dan rakan-rakan, 2010).

HASRAT-HASRAT PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1) Rakyat berjati diri dan imej Malaysia
- Bercirikan tempatan tetapi mempunyai kekuatan dan kehebatan untuk bersaing pada peringkat    antarabangsa.

2) Modal insan cemerlang / modal insan kelas pertama yang glokal.
- Melalui ilmu dan pendidikan
- Penjanaan ekonomi untuk pembangunan
- Berpaksikan penghayatan agama
- Memperkuat jati diri melalui transformasi budaya
- Perkasakan politik berteraskan idealisme perjuangan

3) Sumber manusia berkualiti ke arah Wawasan 2020.
- Penekanan: kukuhkan daya tahan dan keberkesanan negara

4) Pembinaan modal insan merangkumi proses lengkap dalam membentuk tenaga kerja berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

PETA KONSEP HASRAT PNB


RUJUKAN:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/393-info-ringkas/9695-pembinaan-negara-dan-bangsa-malaysia.html

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=2722

http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-dalam-pembinaan-negara.html

KBSR vs KSSR

Assalamualikum...

TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM :

Antara strategi terpenting dalam memastikan pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan adalah melalui penambahbaikan kurikulum (Noriati dan rakan-rakan, 2010). Perubahan terhadap kurikulum sangat diperlukan memandangkan asas perubahan yang hendak dilakukan bermula di sekolah. Transformasi dalam pendekatan pembelajaran yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid perlu diberikan lebih tumpuan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan.

BAGAIMANA TRANSFORMASI KURIKULUM DILAKSANAKAN :

Transformasi kurikulum telah bermula sejak dahulu lagi. Hal ini seiring dengan perubahan dasar-dasar pendidikan negara. Klik (http://azamri.tripod.com/ztdbp-r.html) untuk maklumat lanjut.

BAGAIMANA KBSR DIPERKENALKAN

Pada 1982, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan hasil transformasi kurikulum dalam Laporan Kabinet 1974. KBSR telah dijadikan sebagai percubaan atau rintis pada tahun tersebut di 302 buah sekolah rendah. Penekanan utama yang diberikan adalah tertumpu kepada kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Melihat kepada kejayaan trasformasi yang dijalankan, KBSR telah dilaksanakan secara bersepadu di semua sekolah pada 1983.

Klik (http://skdarau.tripod.com/kbsr.htm) untuk maklumat lanjut mengenai KBSR.


Lain-lain:
http://www.reocities.com/Athens/Parthenon/4926/math_skill.htm


Lagi info tentang KBSR:


Pautan penuh: http://www.tutor.com.my/dunia.aspy=2009&dt=0721&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm

BAGAIMANA KSSR DIPERKENALKAN

Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Lebih 500,000 pelajar baru akan memasuki tahun satu menjelang tahun depan dengan KPM memperkenalkan kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan.

Klik:
i: (http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&;view=article&id=85&lang=en)
ii (http://www.skpp81.edu.my/?p=518)
untuk maklumat lanjut mengenai KBSR.

Lain-lain:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_KSSRbakallahirmindakelaspertama/Article/index_html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/180-jenis-jenis/5585-kssr-terap-1malaysia.html
http://berita.cari.com.my/news.php?id=19861

http://www.bharian.com.my/articles/Sorotan2010_Menjanamodalinsankearahkecemerlanganpendidikannegara/Article/


Lagi info tentang KSSR:
ARTIKEL 1

Pautan penuh: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaporanKhas_MuridTahunSatutiadamasalahpelajarireproduktifmanusia/Article/
 ARTIKEL 2
Pautan penuh: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalinsanberkesan/Article/index_html

PERBANDINGAN KBSR (1983) DAN KSSR (2011)


RUJUKAN:

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://www.namaberita.com/2011/12/perbezaan-kssr-kbsr.html





SHARING IS CARING



INFO i-THINK

APA ITU PROGRAM i-THINK (THINKING SCHOOL)

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif

KRONOLOGI PROGRAM i-THINK

Dapatan melalui kejian keperluan (need analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill-HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. 


BAGAIMANA i-THINK DILAKSANAKAN 



Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan temasuklan thinking maps, habits of mind, thinking hats dan Q-matrix charts.


HARAPAN DARI PROGRAM i-THINK

- Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools) murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif dalam kelas.
- Aktiviti banyak berpusatkan murid.
- Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam P&P.
- Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

LAGI INFO TENTANG i-THINK

ARTIKEL 1


ARTIKEL 2



APLIKASI i-THINK


CONTOH PENGGUNAAN i-THINK







LAIN-LAIN PAUTAN:

http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Thinking_Schools

http://www.ithink.org.my/Home/Media/TV

http://www.google.com.my/urlsa=t&rct=j&q=&esrc=s&source

CIK-CIK SISWI GURU

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT MENJENGAH KE PAGE KAMI.. 
Inilah dunia kami selama 5 tahun setengah di teratak IPG Kampus Perempuan Melayu. Lokasinya terletak di negeri paling maju, Melaka. Dipimpin oleh ayahanda kami, En. Azman Nordin. Berkongsi pahit maung kehidupan di teratak IPG, kami seramai 27 ahli tetap menjadi 1 family.. Belajar di tahun akhir dan semester akhir PISMP. Bakal menggenggam segulung ijazah B.Ed Teaching (Mathematics) dan berdebar-debar untuk menghiasi diri dengan panggilan 'CIKGU' menjelang 2013..


PENCETUS BLOG KAMI


CIK SUZANA BINTI HARON
Cekmek molek dari Pasir Mas, Kelantan..Menjengah dunia pada pagi 20 April 1988. Berumur 23 tahun. Puteri kesayangan bonda, Pn. Jizah Bt. Awang Samat dan penyejuk mata ayahanda, En. Haron B. Ibrahim. Adinda kepada Pn. Suriati, Pn. Suryani, En. Norisan dan En. Azuan. Kawan dan lawan buat adinda tersayang, Cik Siti Farah Azura. 


CIK NUR FIRDAUS BT ZAMRUNMUNAIM
SALAM…
Nur Firdaus atau Ida merupakan kelahiran Perak. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik;  Dila, Adin (allahyarham), Farid & Baby. Ibu tersayang, Noorhayati Bt. Mohd Husaini memperoleh puteri sulungnya ini pada 21 Mac 1988.Sekarang ini menetap bersama keluarga di teratak kami di Bandar Diraja Kuala Kangsar..