------------------------ ------------- .: BENTUK 2-DIMENSI DAN 3-DIMENSI

Monday, 6 August 2012

BENTUK 2-DIMENSI DAN 3-DIMENSI

MARI MENGENAL BENTUK 2D DAN 3D
Mula-mula kita mesti tahu definisi atau maksud dulu kan??? 

Bentuk 2-dimensi adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang dan tinggi
Bentuk 3-dimensi adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang, lebar dan kedalaman.
Kita dah tahu definisi, searang ni kita nak kenal pula bentuk 2-dimensi dan 3-dimensi. Macam mana nk kenal?? Senang je, kita mesti tahu ciri-ciri dulu..

Ciri-ciri 2D

- Mempunyai panjang dan lebar

- Semua bentuk 2D mempunyai sisi yang lurus kecuali bagi bentuk bulat.

- Semua bentuk 2D mempunyai 1 permukaan yang rata kecuali bagi bentuk bulat.

- Mempunyai bucu

Ciri-ciri 3D

- Mempunyai panjang, lebar dan kedalaman

- Semua bentuk 3D mempunyai sisi yang lurus

- Semua bentuk 3D mempunyai permukaan yang rata kecuali bagi bentuk sfera, kon dan silinder. (minimum  bilangan permukaan bagi bentuk 3D adalah 2)

- Mempunyai bucu
CONTOH-CONTOH BENTU 2D DAN 3D: 

Sekarang ni kita nak tahu pulak contoh-contoh bagi bentuk-bentuk ni..

Bentuk 2D
Bentuk 3D


Okay, gambar kat bawah ni merupakan ringkasan bagi maklumat di atas.

BANDING BEZA BENTUK 2D DAN 3D

2 comments:

  1. Artikel bermanfaat, saya lagi mencari referensi tentang animasi 2 dimensi 3 dimensi...

    ReplyDelete
  2. teruskan perkongsian bermanfaat utk umum. =)

    ReplyDelete