------------------------ ------------- .: STRATEGI PERUBAHAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday 7 August 2012

STRATEGI PERUBAHAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

PENDAHULUAN:

Pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi. (Amanda Credaro dlm. Noriati dan rakan-rakan, 2010). 

Sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan beberapa pendekatan dan model-model perubahan. Kerajaan yang kian prihatin dengan perkembangan dan perubahan tersebut telah melaksanakan beberapa dasar yang bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan negara. Antaranya ialah:

Dasar Pandang Ke Timur (Tun Dr. Mahathir Mohamad , 8 Febuari 1982) 
Matlamat: - meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara.
                - wujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja positif
                - mengubah minda dan budaya rakyat (kreatif, inovatif dan maju)    

Perubahan demi perubahan terus dibawa oleh pemimpin negara dalam memastikan pembangunan negara (Noriati dan rakan-rakan, 2010). Agen perubahan utama ialah pendidikan. Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Strategi perubahan inovasi dan perubahan pendidikan yang telah dijalankan di negara kita secara keseluruhan diringkaskan seperti berikut:


RUJUKAN: 

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 







No comments:

Post a Comment