------------------------ ------------- .: STRATEGI PERUBAHAN
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday 14 August 2012

STRATEGI PERUBAHAN

Terdapat empat strategi perubahan iaitu:

1) kekuasaan

2) pujukan

3) pendidikan semula

4) memudah cara.

Strategi kekuasaan:

Strategi ini berkesan untuk kumpulan. Kumpulan tersebut dipaksa untuk melakukan perubahan dengan cara memberikan ganjaran positif ataupun hukuman. Ganjaran diberi apabila kumpulan tersebut mematuhi perubahan yang ingin dilaksanakan manakala hukuman pula diberikan juka kumpulan tersebut ingkar.

Strategi pujukan:

Strategi ini menggunakan kemahiran intrapersonal yang tinggi supaya dapat mempengaruhi orang lain. Orang yang bertanggungjawab iaitu agen perubahan perlu memberikan rasional kepada perubahan yang ingin dilakukan. Agen perubahan ini boleh terdiri daripada guru dan anak murid. Selain daripada merasionalkan perubahan itu, agen perubahan itu juga perlulah mempunyai ilmu yang luas dan berkemahiran berkenaan perubahan yang ingin dilaksankan.

Strategi pendidikan semula:

Strategi ini merupakan strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri. Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan mengenal pasti kekuatan dan kekurangan.

Strategi memudah cara:

Strategi ini menjurus kepada penentuan rancangan yang dipilih oleh kumpulan sasaran. Agen perubahan pula bertindak menghantar sumber-sumber yang diperlukan dalam bentuk barangan dan perkhidmatan teknikal.


RUJUKAN:

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010), Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 

PAUTAN LAIN:






No comments:

Post a Comment