Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi
kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan
tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu
yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.
Transformasi berkenaan membabitkan
perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada
pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi
penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan
penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa
yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti
perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan
lagi.
Dengan cara itu, sifat dan peribadi
kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih
efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu
dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains
dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.
Transformasi pendidikan mempunyai
matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari
segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang
bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan
serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
Sumber daripada mgcjohor2010.blogspot.com
Sumber daripada mgcjohor2010.blogspot.com
Sebelum terdapatnya kurikulum yang standard, penduduk di Tanah Melayu memperoleh pendidikan secara tidak formal. Pendidikan ini didapati daripada rumah iaitu, ibu bapa dan persekitaran. Pemerolehan ilmu pada masa tersebut bukanlah seperti yang ada sekarang ini. Kanak-kanak masa masa tersebut akan diajar oleh ibu bapa dan ahli keluarga cara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya kemahiran bercucuk tanam dan menangkap ikan. Ilmu yang diperoleh adalah berkaitan dengan kemahiran hidup.
Kemudian, bermulalah pendidikan formal di Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia mengikut peredaran masa. Perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Kesimpulan:
Analogi tarnsformasi kurikulum negara boleh dilihat berdasarkan peta minda di bawah:
kulanzsalleh.com Kesimpulan:
Analogi tarnsformasi kurikulum negara boleh dilihat berdasarkan peta minda di bawah:
Pautan penuh: http://www.4shared.com/photo/ehDm4u-0/tranformasi.html?
Untuk maklumat lanjut berkaitan tajuk ini, anda boleh layari
utusan.com.my
bernama.com
No comments:
Post a Comment